Tiba lewat dua minit, hasrat calon Bebas tanding di Titiwangsa ditolak

Tiba lewat dua minit, hasrat OKU tanding di Titiwangsa ditolak

HABIB Bourguiba Abd. Hamid bergerak pulang selepas tidak sempat menyerahkan borang pencalonan bagi KERUSI Parlimen Titiwangsa di SMK Aminuddin Baki. - UTUSAN/MOHD. FARIZWAN HASBULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Permohonan seorang pesara swasta, Habib Bourguiba Abd Hamid yang ingin bertanding sebagai calon Bebas di kerusi Parlimen Titiwangsa ditolak. 

Alasan penolakan permohonan itu adalah kerana dia tiba dua minit lewat selepas Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Titiwangsa, Firdzaus Said mengumumkan penutupan waktu penerimaan kertas penamaan calon iaitu pada pukul 10 pagi ini. 

Jelasnya, kelewatan  itu disebabkan beberapa halangan jalan raya yang ditutup bagi memberi laluan kepada hari penamaan calon, sekali gus menyukarkan pergerakannya yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) separa penglihatan. 

“Saya dari Keramat ke sini keluar sebelum pukul 8.50 pagi, tiba 9.55 pagi tadi waktu pengumuman itu tadi, saya sedang jalan kaki,” katanya ketika ditemui di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Aminuddin Baki di sini hari ini. 

Pegawai Pengurus Pilihan Raya itu kemudian menjelaskan beliau terpaksa menolak permohonan itu atas sebab peraturan. 

“Kalau saya benarkan, satu Malaysia akan menjadi masalah,” jelasnya kepada pesara swasta itu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya