Tiada siapa boleh ramal menang, tunggu 19 November

Tiada siapa boleh ramal menang, tunggu 19 November – Megat Zulkarnain

MEGAT ZULKARNAIN OMARDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omardin yakin parti itu mampu meraih sokongan pengundi kawasan tersebut biarpun terdapat kajian meramalkan calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Amirudin Shari bakal memenangi kerusi tersebut.

Megat Zulkarnain berkata, semua calon mempunyai peluang dan pengundi bakal membuat keputusan selepas menilai serta mengkaji tawaran serta kemampuan setiap calon dalam tempoh kurang 72 jam sebelum tarikh mengundi.

“Tunggu 19 November nanti. Keputusan itu tak akan salah. Sekarang masing-masing boleh cakap. Yang pro BN akan ramal kami menang, pro parti lawan akan cakap mereka menang, masing-masing boleh buat kajian sendiri.

“Biarlah rakyat putuskan. Tiada siapa boleh ramal keputusan, tiada siapa tahu. Anda boleh ada 2,000 atau 10,000 responden tetapi rakyat lebih senang diam.

“Saya serta komponen BN sudah belajar daripada pengalaman lepas (PRU14). Kami kenal pasti kelemahan dan tingkatkan kelebihan,” katanya selepas membentangkan 19 Resolusi Gombak di sini hari ini.

Semalam, Kajian Institut Darul Ehsan (IDE) meramalkan Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menyandang kerusi Parlimen Gombak untuk tiga penggal bakal tewas di tangan anak muridnya, Amirudin Shari.

Pengerusi Eksekutif IDE, Prof. Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman berkata, ramalan itu berdasarkan kajian institut membabitkan responden daripada 47 Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Parlimen itu pada 10 hingga 12 November lalu.

Hasil kajian mendapati 52.5 peratus responden akan mengundi gabungan PH, jauh meninggalkan PN dengan hanya 21.9 peratus. BN pula hanya mendapat 13.8 peratus sokongan, manakala pengundi atas pagar 11.6 peratus. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya