Tetap semangat mengundi walaupun berpantang 

Tetap semangat mengundi walaupun berpantang 

NOOR AYUERMIE IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Walaupun masih berpantang, namun bukan halangan bagi Noor Ayuernie Ibrahim, 40, untuk menunaikan tanggungjawbnya mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Renggam, pagi ini.

Hadir ditemani suaminya, Mohd. Sabri Mohd. Bakri, 44, pensyarah Universiti Selangor (Unisel) itu baru tiga hari berpantang selepas mengalami keguguran kandungan pertama mereka yang pada usia kandungan 84 hari.

“Saya dan suami tinggal di Shah Alam. Kami pulang ke rumah ibu dan ayah saya di Simpang Renggam untuk berpantang selepas keguguran anak pertama pada usia kandungan 84 hari. 

“Saya tidak berdepan masalah untuk ke pusat mengundi. Ahli keluarga turut memberi sokongan,” katanya.

Justeru, beliau berharap orang ramai terutamanya golongan muda segera menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya