Tee Keat kembali ke Pandan dengan tiket Warisan

Tee Keat kembali di Pandan dengan tiket Warisan

ONG TEE KEAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Bekas Presiden MCA, Tan Sri Ong Tee Keat meluahkan rasa kecewa apabila bertanding atas tiket MCA di bawah logo Barisan Nasional (BN) tidak diterima ekoran sentimen perkauman yang menebal dalam kalangan pengundi di Parlimen Ampang dan Pandan sebelum ini.

Namun kali ini, beliau kembali dalam arena politik dengan memberi pertaruhan di Pandan di bawah tiket Parti Warisan Sabah (Warisan) dengan harapan dapat membela nasib penduduk di sana selain berhajat menyatupadukan rakyat tanpa mengira agama dan bangsa.

Katanya, rakyat di semenanjung perlu mengikut jejak penduduk di Sabah dan Sarawak yang boleh duduk semeja dengan mesra tanpa mengira agama atau kaum.

“Saya harap rakan-rakan saya di Pandan dan di seluruh negara tanpa mengira Melayu, Cina, India mempunyai pilihan lain yang lebih membina yang saya gelar sebagai acuan politik Borneo, dari Sabah yang didukung oleh Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

“ Di Borneo selama ini ramai dalam kalangan kita rasa kagum nak tiru budaya di Sabah misalnya kaum Sabah boleh duduk semeja dengan mesra, kenapa tidak kita di Semenanjung Malaysia? Kenapa tak boleh ikut jejak kaki kawan-kawan di Sabah dan Sarawak?”, katanya ketika berucap dalam Majlis Memperkenalkan Calon-Calon Warisan Kerusi Parlimen Semenanjung Malaysia Dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Ampang, hari ini.

Tambah Tee Keat, kemunculannya kali ini selepas berehat kira-kira lima tahun dalam arena politik sebagai sokongan untuk menjayakan matlamat perjuangan yang dilakar oleh pemimpin parti iaitu menolak Bajet ketika pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya sebagai orang lama, mungkin anda pernah dengar nama saya tetapi tidak pernah berjumpa.Tapi ibu bapa, datuk, nenek anda tetap ingat orang ini yang masih prihatin tentang masa depan”, ujarnya.

Beliau yang pernah bersama MCA selama 28 tahun dan meletak jawatan pada 2017 adalah Ahli Parlimen Pandan selama dua penggal dari 2004 hingga 2013 selepas berkhidmat empat penggal dari 1989 sebagai Ahli Parlimen Ampang Jaya, di mana Pandan kemudiannya dikeluarkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya