Tarik diri bertanding di Larut, Ustaz Kazim ingatkan orang ramai 'sayangi pahala' masing-masing - Utusan Malaysia

Tarik diri bertanding di Larut, Ustaz Kazim ingatkan orang ramai ‘sayangi pahala’ masing-masing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim menasihati semua pihak supaya ‘menyayangi pahala’ masing-masing.

Dalam hantaran terbaharu di Facebook, beliau memohon semoga segala kutukan, cercaan dan hinaan terhadapnya digantikan dengan pahala.

Ustaz Kazim memuat naik kenyataan itu selepas menarik diri daripada bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi kerusi Parlimen Larut.

“Sayangilah pahala anda. Semoga kutukan, cercaan, hinaan bertukar menjadi pahala. Terima kasih,” katanya.

Susulan penarikan diri itu, Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, Mohd. Kazim digantikan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Larut, Mohd. Shafiq Fhadly Mahmud.

Semalam, pencalonan Ustaz Kazim diumumkan sendiri Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Majlis Pengumuman Bakal Calon Parlimen BN di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Pemilihan tokoh agama itu berdasarkan populariti dan pengaruhnya di negeri Perak dan sesuai untuk berdepan calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin di Larut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya