Tanam jambang dilarang Islam - Mufti

Tanam jambang dilarang Islam – Mufti

MENANAM jambang bagi mereka yang tiada jambang berbeza dengan mereka yang sedia tumbuh jambang secara fitrah. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Lelaki tanpa jambang tidak boleh dipisahkan, malah ia menjadi trend untuk mana-mana kaum Adam supaya kelihatan menarik dan ‘macho’.

Namun, apa hukumnya jika mencipta jambang melalui kaedah menanam bagi lelaki yang secara semula jadinya tidak ditumbuhi jambang.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) menerusi artikel terbaharunya menegaskan, mencipta jambang dengan kaedah menanam semata-mata ingin menjaga imej adalah dilarang dalam Islam.

Menurutnya, rawatan kosmetik yang boleh mengubah ciptaan-Nya hanya boleh diterima pada situasi keperluan mendesak dan bukan semata-mata untuk kecantikan (tahsiniyyah).

“Sekiranya tujuan menanam jambang kerana kecacatan atau kesan terbakar, ditimpa penyakit dan seumpamanya yang menyebabkan kerosakan pada jambangnya, maka ia diharuskan.

“Perkara itu diharuskan bagi membaik pulih keadaan jambangnya dengan syarat diambil dari bulu dari bahagian tubuhnya sahaja,” katanya.

Katanya, pihaknya menasihati kepada mana-mana doktor kecantikan dan perubatan yang pakar dalam dalam bidang tersebut agar mengenal pasti pelanggan yang datang untuk menanam jambang.

Jelasnya lagi, pakar hanya boleh menerima pelanggan yang menepati syarat-syarat yang ditetapkan syarak, iaitu tujuan penyembuhan penyakit atau menghilangkan aib.

Tambah PMWP lagi, proses tanam jambang melibatkan pemindahan helaian bulu yang diambil daripada satu bahagian badan dan dipindahkan ke garis rahang di mana sahaja agar dapat tumbuh.

“Menanam jambang bagi mereka yang tiada jambang berbeza dengan mereka yang sedia tumbuh jambang secara fitrah. 

“Bahkan mereka yang semula jadi tumbuh janggut mahupun jambang digalakkan untuk membiarkan janggut terus tumbuh secara semula jadi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya