Takkanlah Anwar nak puji saya? - Tun Mahathir 

Takkanlah Anwar nak puji saya? – Tun Mahathir 

DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: “Takkanlah beliau (Datuk Seri Anwar Ibrahim) nak puji saya?”

Demikian kenyataan balas bekas Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad susulan Anwar yang tidak berhenti menyalahkan beliau kerana gagal mentadbir negara selepas menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu. 

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu membidas bahawa banyak kejayaan yang telah dicapai PH dalam tempoh 22 bulan. 

“Beliau yang merosakkan negara. Ada perkara-perkara yang termasuk dalam kita punya manifesto yang tidak boleh dilaksana kerana bercanggah dengan Perlembagaan. 

“Kalau bercanggah, kita perlu suara dua pertiga Dewan baru boleh laksanakan, tetapi kita tidak ada dan Anwar tidak membantu sama sekali, beliau cuma kira dirinya nak menjadi Perdana Menteri sahaja kononnya mempunyai banyak penyokong, tetapi mana penyokong itu bila kita tidak cukup orang?” soalnya kepada pemberita semasa sidang media di sini hari ini. 

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Pelancaran Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Negeri Sabah di Pusat Komersial Aeropod, di sini hari ini. 

Beliau dijadualkan berada di sini selama dua hari dan akan memberi ceramah anjuran Pejuang bahagian Papar esok. 

Petang tadi, media melaporkan, Anwar yang juga Pengerusi PH meletakkan kesalahan ke atas Dr. Mahathir susulan kegagalan PH mentadbir negara selepas menang PRU14. 

Anwar mendakwa, tiada perubahan yang dibawa oleh Dr. Mahathir ketika pemerintahan PH selama 22 bulan menyebabkan rakyat mula muak dengan janji yang ditabur.

Dalam perkembangan lain, Dr. Mahathir enggan memberitahu tarikh sebenar pengumuman dan pelancaran manifesto pakatannya ketika gabungan politik lain sudah berbuat demikian. 

“Sebelum 19 Novemberlah (akan umumkan manifesto). Kita tidak boleh tentukan tarikh lagi, kita nak buat benda yang boleh buat, bukan nak janji macam ada pihak yang nak menghapuskan tol. 

“Kalau kita hapuskan tol, jalan-jalan tidak boleh diperbaiki, kerajaan tiada duit membaiki jalan kerana semua duit diguna untuk bayar hutang,” katanya. 

Beliau juga berpendirian dengan kenyataannya sebelum ini bahawa manifesto bukan kitab suci atau al-Quran kerana melaksanakan manifesto adalah berdasarkan kemampuan. 

“Manifesto ini hasil daripada orang tertentu yang membuat janji, dan mereka bukan pun ahli politik kerana kadang-kadang kita mahu buat (manifesto) tetapi tidak boleh buat. 

“Mereka (parti politik lain) berjanji menghapuskan tol tetapi tidak boleh hapuskan tol nanti kita duit nak baiki dan besarkan jalan. Sebab itu saya kata manifesto bukan kitab suci, takkan dia anggap manifesto setaraf dengan al-Quran,” soalnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya