KUALA LUMPUR: Beberapa nama besar pemimpin UMNO tidak dicalonkan semula pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Ia termasuklah penyandang Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim; penyandang Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dan penyandang Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.
Begitu juga penyandang Kuala Kangsar, Datin Mastura Yazid; penyandang Kota Tinggi, Datuk Seri Halimah Sadique dan penyandang Maran, Datuk Seri Ismail Mutalib.
Sementara itu Khairy Jamaluddin akan bertanding kerusi Parlimen Sungai Buloh. – UTUSAN