Suami, isteri guna Revolver dicekup, sindiket edar pil kuda, syabu

Suami, isteri guna Revolver dicekup, sindiket edar pil kuda, syabu

MUHAMMAD Zaki Harun (tengah) bersama pegawainya menunjukkan barang rampasan dalam serbuan di Kampung Kubang Tuman Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan.- UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Empat suspek termasuk pasangan suami isteri dicekup selepas dipercayai terlibat dengan sindiket pengedaran dadah jenis pil kuda dan syabu bernilai RM10,435 di sebuah rumah tumpangan di Kampung Kubang Tuman, Pengkalan Chepa di sini semalam.

Dalam serbuan kira-kira pukul 7.41 malam itu, polis turut merampas sepucuk pistol jenis Revolver Smith & Wesson 38 Special CTG bersama 50 biji peluru dan kelongsong.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, polis membuat intipan di rumah tersebut selama dua hari sebelum melakukan serbuan selepas menerima maklumat daripada orang awam mengenai kegiatan pengedaran dadah di situ.

Menurutnya, semasa serbuan dijalankan, kesemua suspek berada di dalam rumah tersebut dan polis menemui sebanyak 132 biji pil kuda di atas tilam di dalam sebuah bilik.

“Pemeriksaan lanjut di sebuah bilik lain turut menjumpai sebuah beg yang mengandungi 35.89 gram dadah jenis syabu dan 50 butir peluru. Apabila menjumpai peluru itu, ia kemudiannya membawa kepada penemuan sepucuk pistol di dalam sebuah kabinet pakaian.

“Siasatan mendapati, suami, isteri dan dua rakan mereka yang merupakan warganegara Thailand berusia dalam lingkungan 29 hingga 32 tahun itu sudah menyewa dan menjadi rumah tumpangan tersebut sebagai transit untuk menyimpan bekalan dadah sejak tiga bulan lalu,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, sepucuk pistol jenis Revolver yang ditemui itu juga dipercayai digunakan mereka semasa menjalankan kegiatan pengedaran dadah sejak setahun lalu.

Katanya, ujian saringan air kencing mendapati, tiga suspek lelaki yang ditahan positif dadah jenis methamphetamine.

“Kesemua dadah yang dirampas itu disyaki akan diedar untuk pasaran di Kelantan dan ia boleh dijual kepada kira-kira 150 penagih. 

“Keempat-empat suspek itu kini ditahan reman selama enam hari bermula hari ini sehingga 20 November untuk siasatan lanjut,” ujarnya.

Muhamad Zaki berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya