SPRM teliti aduan babit perisytiharan harta Rafizi

SPRM teliti aduan babit perisytiharan harta Rafizi

SYED Muhammad Imran Syed Abdul Aziz selepas menyerahkan laporan terhadap Rafizi Ramli di SPRM Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Penelitian akan dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung aduan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengenai perisytiharan harta yang dilakukan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Satu sumber memberitahu Utusan Malaysia, aduan yang dilakukan oleh NGO pagi tadi akan dikaji terlebih dahulu bagi memastikan mempunyai asas sebelum tindakan selanjutnya diambil.

“Aduan yang dikemukakan masih di peringkat penelitian,” katanya ringkas.

Terdahulu, sebuah NGO menggesa SPRM menyiasat harta dengan nilai aset bersih sebanyak RM18.85 juta yang diisytihar Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli.

Presiden Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia, Syed Mohammad Imran Syed Abdul Aziz berkata, beliau tabik terhadap Rafizi kerana mengisytihar aset hartanya.

Menurutnya, namun tersebar di media sosial Twitter yang mengaitkan penerimaan duit melalui syarikat, Invoke Solutions Sdn. Bhd. yang dilaporkan mengalami kerugian sebanyak tiga kali dan untung hanya dua kali.

Pada 2 November lalu, Rafizi mengisytiharkan hartanya dengan nilai aset bersih sebanyak RM18.85 juta.

Pengisytiharan harta itu dibuat menerusi akuan berkanun (SD) yang dimuat naik melalui laman blog peribadinya.

Berdasarkan lampiran itu, kebanyakan asetnya diperoleh daripada pelaburan saham dalam Invoke Solutions Sdn Bhd, syarikat yang diasaskannya. 

Jumlah itu termasuk pelaburan dalam Boustead Holdings Berhad milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan polisi insurans di Prudential. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya