Song Ji Hyo cetus ‘histeria’ peminat tempatan

Song Ji Hyo cetus ‘histeria’ peminat tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kedatangan selebriti terkenal Korea Selatan, Song Ji Hyo ke Malaysia mencetuskan ‘histeria’ dalam kalangan peminat tempatan.

Rata-rata peminat yang berpeluang menyaksikan kehadiran pelakon yang terlibat dalam program Running Man di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya tidak melepaskan peluang bergambar.

Seorang pengguna Twitter terharu apabila Ji Hyo berhenti di depan peminat yang berkerumun dan mengambil gambar swafoto.

“Ji Hyo berhenti depan saya dan mengambil gambar swafoto dengan kami. Saya sangat sayangkan dia yang nampak cantik dan baik hati,” ciapnya.

Syauqina Basri pula berpuas hati walaupun hanya dapat melihat aktres kesayangan dari jauh.

Pengguna Twitter dikenali sebagai @qierxi pula memuat naik rakaman video dirinya yang berpeluang memeluk Ji Hyo semasa sesi bertemu peminat.

“Saya ingin berterima kasih kepada @unitedmongjis_ kerana merealisasikan hasrat peminat antarabangsa.

“Kumpulan peminat dan penyokong artis ini melakukan usaha yang sangat bagus,” tulisnya.

Kedatangan pelakon berusia 41 tahun ke negara ini adalah sempena perlantikannya sebagai duta produk kecantikan.

Ketibaan pelakon jelita yang mempunyi empat juta pengikut di Instagram di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) turut disambut ratusan peminat, kelmarin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya