SMK Taman Tuanku Jaafar juara Pertandingan Bicara Berirama MSAM 2022 - Utusan Malaysia

SMK Taman Tuanku Jaafar juara Pertandingan Bicara Berirama MSAM 2022

PELAJAR dari SMK Taman Tuanku Jaafar meraikan kemenangan mereka selepas muncul juara pada Pertandingan Bicara Berirama bersempena penganjuran MSAM 2022 di Port Dickson hari ini. - UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Tuanku Jaafar, Seremban menjadi johan Pertandingan Bicara Berirama bersempena penganjuran Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2022 di sini.

Sekolah tersebut muncul juara menewaskan enam sekolah lain pada pertandingan itu yang diadakan hari terakhir MSAM 2022 yang bermula sejak 24 November lalu.

Ketua pasukan, Nadiah Hisammudin, 15, berkata, dia dan 20 anggota pasukannya tidak menyangka mampu muncul juara kerana hanya sempat berlatih selama dua minggu.

“Dalam pertandingan ini kami membawakan topik ‘Alam Ini Milik Kita’. Memang terkejut apabila kami diumumkan sebagai pemenang dan membawa pulang hadiah wang tunai RM2,500.

“Kemenangan ini adalah hasil kerjasama ahli pasukan dan dorongan daripada guru-guru kami pengiring,” katanya ketika ditemui pemberita pada MSAM 2022 yang diadakan di Kawasan Lapang Pantai Batu 1 di sini hari ini.

Nadiah berkata, pertandingan bicara berirama itu dilihat dapat memberi peluang kepada setiap peserta untuk menambah pengalaman dalam aktiviti pengucapan awam.

“Semua peserta hebat-hebat jadi kami anggap ini sebagai satu cabaran yang perlu disahut. Kami berusaha sebaik mungkin kerana itu sahaja yang boleh beri peluang untuk kami menang,” katanya yang turut dinobatkan sebagai Konduktor Terbaik dalam pertandingan itu.

Dianjurkan pihak Permodalan Nasional Berhad (PNB), semua pasukan bertanding perlu membawa tajuk yang bertemakan Kelestarian Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya