Skim bantuan pendapatan asas, bukan janji bulan bintang

Skim bantuan pendapatan asas, bukan janji bulan bintang

SHAHRIL SUFIAN Hamdan (tengah) bergambar bersama jentera BN pada Program ‘Alor Gajah, Izinkan Saya’ di Bilik Gerakan Cawangan Gangsa Selatan, Durian Tunggal, Melaka. - UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Skim bantuan pendapatan asas yang terkandung dalam tawaran manifesto Perancangan Amal dan Usaha (PADU) Barisan Nasional (BN), bukan ‘janji bulan bintang’ seperti mana pernah dibuat Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan menegaskan, inisiatif itu adalah relevan ke arah penambahbaikan sistem bantuan kewangan terus kepada rakyat yang telah mula diperkenalkan kerajaan BN ketika era pentadbiran Perdana Menteri Keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak.

SHAHRIL SUFIAN Hamdan berucap pada Program ‘Alor Gajah, Izinkan Saya’ di Bilik Gerakan Cawangan Gangsa Selatan, Durian Tunggal, Melaka. – UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD

Kata calon BN kerusi Parlimen Alor Gajah itu lagi, mekanisme bantuan sedemikian yang dipelopori BN terbukti diterima dan diakui lawan apabila Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dijenama semula kepada Bantuan Sara Hidup (BSH) oleh PH, walaupun sebelum ini barisan kepemimpinan lawan melabelnya dengan panggilan ‘dedak’.

“Kalau sebelum ini BN adalah parti pertama memulakan bantuan kewangan terus kepada rakyat melalui BR1M. Kemudian walaupun dia cakap dedak, dia pun buat dedak basah (BSH) selama 22 bulan. Kemudian Tan Sri Muhyiddin Yassin ambil alih, dia buat Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), sekarang ini bawah Perdana Menteri BN, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) paling banyak dalam sejarah.

“Apa yang disebut dalam manifesto PADU BN yang kita kena cerita dekat orang, kita nak reform perkara ini. Kalau sekarang kita kena tunggu, kita kena tunggu bajet tiap-tiap Oktober, untuk dengar apa bantuan kewangan akan keluar tahun depan.

“Kita kena tunggu Perdana Menteri buat perutusan atau pengumuman dekat televisyen, kita akan tahu ada bantuan khas sekian-sekian. Apa yang BN cuba buat pada masa ini, kalau kita menang, kita nak buat proses ini lebih telus. Kita nak kreditkan terus secara bulanan kepada rakyat yang memerlukan, rakyat yang bawah pendapatan kemiskinan iaitu RM2,208 setiap bulan.

“Kalau pendapatan isi rumah yang direkod bawah RM2,208, kerana itu adalah paras garis kemiskinan maka akan ada bantuan automatik yang masuk ke dalam akaun setiap bulan. Inilah pembaharuan yang dibawa oleh BN,” katanya ketika berucap pada Program ‘Alor Gajah, Izinkan Saya’ di Bilik Gerakan Cawangan Gangsa Selatan, Durian Tunggal di sini malam tadi.

Terdahulu, BN melalui PADU mengumumkan satu revolusi besar-besaran dalam sistem pengagihan bantuan di seluruh negara jika parti itu memenangi PRU15.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, BN akan memperkenalkan skim bantuan pendapatan asas dengan mengkreditkan secara automatik kepada semua isi rumah yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM2,208. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya