Sivarasa turun padang bantu kempen Ramanan di Sungai Buloh

Sivarasa turun padang bantu kempen menangkan Ramanan di Sungai Buloh

R. SIVARASA (kanan) turun padang membantu kempen Ramanan di Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh. - FOTO/Instagram Ramanan_dr
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Walaupun baru memasuki hari ketiga kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), para pemimpin Pakatan Harapan (PH) mula singgah ke kawasan Parlimen Sungai Buloh untuk membantu calon Datuk R. Ramanan.

Menerusi Instagram Ramanan, antara turun padang membantu kempen adalah penyandang Parlimen Sungai Buloh, R. Sivarasa.

Dalam akaun media sosial itu, beliau merakamkan penghargaan kepada Sivarasa kerana sentiasa memberikan bimbingan serta berkongsi ilmu pengalaman politik.

“Tanamlah mari di rumpun keladi, benih harapan terus disemai, bersama YB Sivarasa saya sanjungi,” tulis beliau dalam catatan Instagram Ramanan_dr.

Sebelum ini, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuktamadkan untuk mengekalkan Timbalan Ketua Penerangan 1 itu sebagai calon Parlimen Sungai Buloh setelah Barisan Nasional (BN) meletakkan nama Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sebagai calon.

Terdahulu, media melaporkan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli akan berbincang dengan Anwar berhubung pencalonan Ramanan sebagai wakil PH di Parlimen Sungai Buloh.

Rafizi sebelum ini meminta para calon PH agar tidak mengambil mudah terhadap kehadiran Khairy di mana-mana kerusi ditandingi meskipun kubu kuat PH.

Untuk rekod, Parlimen Sungai Buloh disandang oleh Sivarasa (PKR) selepas memenangi kerusi tersebut pada PRU14 dengan meraih 43,631 undi menewaskan Nuridah dari Pas yang memperoleh 16,977 undi, A.Prakash Rao mewakili BN (16,681) dan Zainurizzaman Moharam dari PSM (642). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya