[SIDANG DUN] Tiada tanah milik Ladang Rakyat dilelong - Mohd. Amar - Utusan Malaysia

[SIDANG DUN] Tiada tanah milik Ladang Rakyat dilelong – Mohd. Amar

MOHD. AMAR NIK ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan negeri menegaskan setakat ini tiada lagi tanah milik Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat telah dilelong.

Malah Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, pembayaran dividen kepada semua peserta terlibat berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.

“Setakat ini tiada tanah milik Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat yang dilelong,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Mohd. Syahbuddin Hashim (BN-Galas) berkait dakwaan mengatakan tanah milik Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat telah dilelong.

ADUN Panchor itu memberitahu, jumlah luas keseluruhan tanah milik perbadanan itu yang sedang dibangunkan ialah 31,748.89 hektar melibatkan kawasan Tanah Merah, Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang.

Katanya, daripada jumlah tersebut sebanyak 29,170.8 hektar telah dimajukan dengan tanaman kelapa sawit, getah (2,400 hektar) di Hulu Temilang Kuala Krai dan selebihnya projek tanaman sayur di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya