‘Siapa saja yang menang PRU15, tolong selesai masalah banjir’

‘Siapa saja yang menang PRU15, tolong selesai masalah banjir’

KEADAAN banjir yang berlaku di Kampung Bangi, Selangor. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI: Penduduk Kampung Bangi mahukan sesiapa sahaja yang menang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menjalankan tanggungjawab dengan segera menyelesaikan masalah banjir yang tiada penghujungnya.

Seorang penduduk, Kamaru zaman Aziz, 62, berkata, kira-kira 10 kali banjir yang dihadapinya sejak menetap di Kampung terbabit pada 1997 dengan kejadian paling teruk pada Disember tahun lalu. 

Bapa kepada tujuh cahaya mata itu berkata, limpahan Sungai melepasi ban sekitar pukul 3 pagi selepas hujan berhenti sejam sebelum itu. 

Katanya, dia dan beberapa penduduk sempat membuat persediaan bagi mengelakkan kerugian, tetapi masalah ini perlu diatasi segera supaya ia tidak berulang kembali. 

“Pihak berkuasa memaklumkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang merangka projek itu tetapi projek akan berjalan suku pertama tahun depan sedangkan ia sepatutnya bermula Ogos lalu. 

“Saya harap siapa sahaja yang menang tolonglah bantu selesaikan masalah ini. Hari ini, kira-kira 78 keluarga terjejas dan ada sebahagian sudah berpindah sementara tunggu banjir surut,” katanya yang ditemui Utusan Malaysia, hari ini. 

Seorang lagi penduduk yang juga bapa tunggal dua anak, Zulhamdizam Ramli, 47, berkata keluarganya sudah menetap di Kampung terbabit sejak tiga generasi yang mana tahun ini sahaja sudah tiga kali banjir. 

Katanya, setiap kali hujan lebat, pastinya air sungai melimpah melepasi ban dan penduduk menjadi risau. 

“Seperti kejadian malam tadi, saya baru ke rumah ayah yang terletak kira-kira 300 meter dan tidak sampai 30 minit, laluan ke rumah saya ditenggelami air setinggi paras lutut.

“Segerakanlah projek bagi memastikan kawasan Kampung ini tidak banjir lagi.. Saya harap, ban ditinggikan dan dalamkan sungai supaya ia mampu menampung aliran Sungai apabila berlakunya hujan,” katanya. 

PASUKAN menyelamat meninjau keadaan banjir yang berlaku di Kampung Bangi, Selangor. – UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR

Sementara itu, calon Parlimen Bangi dari PAS, Muhammad Nazrul Hakim Md Nazir berkata, pihaknya berharap apa yang dirancang kerajaan negeri disegerakan bagi mengelakkan berlakunya banjir hingga menjejaskan kira-kira 80 keluarga. 

“Masalah ini perlu diatasi segera dan apa yang dirancang kerajaan negeri perlu dilakukan secepat mungkin supaya penduduk tidak resah apabila berlakunya hujan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya