Siapa bakal rangkul juara GV9? - Utusan Malaysia

Siapa bakal rangkul juara GV9?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETELAH 10 minggu bersiaran dan menemani hujung minggu penonton, program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) bertemu pentas akhir yang menghimpunkan enam  finalis berentap merebut gelaran juara. 

Menyaksikan saingan sengit antara Shila Amzah, Tomok, Jaclyn Victor, Bob Yusof, Kumpulan VE dan Hazrul Nizam, pentas akhir GV9 paling dinanti-nantikan penonton memandangkan kesemua  nalis memiliki aura serta kekuatan tersendiri. 

Penuh debaran dan pastinya ketika ini, ramai yang berteka-teki dan membuat telahan tentang peserta yang bakal merangkul gelaran juara. 

Menghangatkan kehangatan malam kemuncak, Pancaindera mendapatkan pandangan pemenang GV musim terdahulu, siapa pilihan mereka untuk bergelar juara.

Konsistensi Jaclyn, kreativiti Tomok jadi taruhan – Aishah

BAGI juara GV4, Datuk Aishah, konsistensi Jaclyn setiap minggu menjadikan dia antara nama yang mempunyai peluang cerah merangkul gelaran juara. 

Namun, Tomok dan Shila katanya, turut memiliki kekuatan tersendiri untuk menafikan peluang Jaclyn. 

“Jaclyn sangat stabil dalam persembahan. Tomok banyak idea dan kreativiti, tetapi ada kala percaturannya menjadi dan ada ketika kurang menyengat. Untuk pentas akhir, mungkin dia mempertaruhkan ideanya. 

“Jadi atau tidak, ia bergantung. Shila juga merupakan antara pencabar yang kuat. Namun, jangan dilupakan tiga peserta lain kerana mereka juga boleh mencipta kejutan,” katanya. 

Menceritakan pengalaman di pentas akhir, kongsi penyanyi Janji Manismu itu, dia tidak terlalu memikirkan soal kemenangan.

Aishah sebaliknya, hanya mahu melepas dendam selepas lama tidak beraksi di atas pentas. 

Situasi itu, katanya, berbeza kerana GV9 menampilkan bakat yang masih aktif seperti Jaclyn, Shila dan Tomok, malah stamina mereka sukar ditandingi peserta yang sudah lama tidak menyanyi. 

“Saya ketika di GV4, tidak ter kir untuk menang. Ketika itu, saya  kir ia mungkin persembahan terakhir. Tugas saya hanya berikan sehabis baik. 

“Pengalaman setiap peserta turut memberikan kelebihan. Masing-masing perlu bijak keluarkan taring sendiri. Paling penting, menyanyi dengan ikhlas dan just enjoy!” terangnya.

Jaclyn, Tomok, Bob pilihan Siti Nordiana

WALAUPUN agak sukar meramalkan penyanyi yang bakal dinobatkan sebagai juara, Siti Nordiana melihat Jaclyn Victor mempunyai kelebihan untuk menggenggam trofi juara. 

Kata juara GV2 itu, setiap  finalis mempunyai kelebihan masing-masing dan mampu mencipta kejutan. 

“Semua yang bertanding memang layak untuk menang. Dari minggu ke minggu, Nana melihat Jaclyn sentiasa memberikan persembahan terbaik. Begitu juga peserta lain. 

“Ramalan boleh berubah, bergantung prestasi peserta. Boleh jadi kemenangan menjadi milik Bob Yusof atau Tomok. Malah, penyanyi lain juga sangat bagus menyanyi. Jadi, susah untuk meneka siapa akan bergelar juara,” katanya. 

Berkongsi pengalaman semasa beraksi di pentas akhir GV2, tujuh tahun lalu, Siti Nordiana yang mesra disapa Nana mengakui, perasaan gemuruh tidak dapat dielakkan. Paling penting katanya, semua peserta perlu menghayati lirik supaya dapat mempamerkan persembahan terbaik. 

“Semua peserta sudah tentu membuat persediaan rapi dan pasti dapat menghafal serta menghayati lrik dengan baik,” katanya. 

Nana berkata, peserta juga perlu meletakkan matlamat untuk dicapai, sekali gus menjadi pendorong untuk mereka menggenggam kejayaan. 

“Kalau kita tidak berfikir soal kemenangan, semangat untuk berjuang itu tiada. Setiap yang bermula, perlu diakhiri dengan hasil terbaik,” kongsinya. 

Nana juga berharap, semua peserta berusaha memastikan diri kekal relevan dalam industri selepas GV9 tamat.

Tomok cerminan perjalanan saya di GV – Naqiu

PENYANYI yang merangkul gelaran juara GV6, Naqiu tidak terkejut sekiranya Jaclyn Victor dinobatkan sebagai pemenang GV9. 

Bagi penyanyi berusia 36 tahun ini, prestasi Jaclyn sepanjang 10 minggu pertandingan begitu konsisten, terutama apabila pernah lima kali muncul sebagai juara mingguan. 

“Jaclyn mengingatkan saya kepada momen ketika menjadi peserta GV6. Saya pernah lima kali memenangi juara mingguan. Dari situ, kita dapat menilai Jaclyn mempunyai peluang besar untuk menjadi juara. 

“Tetapi, jangan nafikan keupayaan Shila kerana dia juga konsisten, selain sudah biasa ‘bermain’ di pentas besar. Dia sudah lali dengan tekanan ketika pertandingan. 

“Saya fikir, dia tiada masalah untuk menyajikan persembahan terbaik di pentas akhir GV9,” katanya. 

Selain itu, kata Naqiu, Tomok juga mungkin mampu mencipta kejutan memandangkan dia sentiasa tampil dengan idea segar dan kreatif. 

“Tomok adalah cerminan perjalanan saya ketika menyertai GV. Gaya persembahan, tahap intelektual dan kreativitinya dalam muzik sangat mengagumkan. 

Dia tahu apa yang dimahukannya. Mereka bertiga menjadi pilihan saya untuk muncul juara,” katanya. 

Dalam pada itu, Naqiu mencadangkan pihak produksi GV untuk tidak menyingkirkan peserta terlalu awal pada musim akan datang. 

“Kalau boleh, lanjutkan sehingga minggu ketiga supaya peserta dapat membiasakan diri dengan persekitaran pertandingan. 

“Dari situ, mereka dapat memberikan persembahan yang lebih bagus dan berkualiti setelah lama tidak beraksi,” katanya.

Saingan sengit Jaclyn, Shila – Aliff Aziz

JUARA GV8 , Aliff Aziz meramalkan Shila Amzah dan Jaclyn Victor bakal memberikan persaingan sengit di pentas akhir GV9. 

Kata Aliff, dua penyanyi itu sangat menonjol dan konsisten dalam persembahan mereka, sekali gus berpotensi muncul juara. 

“Semua peserta ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Bukan menidakkan kemampuan peserta lain, tetapi secara peribadi, saya melihat Jaclyn dan Shila akan bersaing sengit pada konsert akhir. 

“Namun, semua penyanyi di pentas akhir ini hebat dan bakal memberikan tentangan yang kuat. 

“Siapapun yang dinobatkan juara, GV tetap menjadi platform penyanyi untuk menghiburkan peminat mereka,” ujarnya. 

Aliff juga pada masa sama, mendoakan semua peserta diberikan kesihatan baik. 

“Kesihatan adalah kunci utama kepada mana-mana penyanyi yang menyertai pertandingan. Jadi, saya harap mereka sihat. 

“Mereka penyanyi profesional, namun pelbagai perkara boleh berlaku pada pentas akhir. Tekanan juga boleh mengganggu kesihatan. 

“Saya doakan mereka sihat dan dapat memberikan persembahan yang terbaik,” ujarnya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya