Shamsul Iskandar yakin boleh jadi ‘pembunuh senyap’

Shamsul Iskandar yakin boleh jadi ‘pembunuh senyap’

SHAMSUL ISKANDAR MD. AKIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN DATUK: Calon Pakatan Ha­rapan (PH) bagi kerusi Par­limen Bagan Datuk, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md. Akin yakin mampu melakukan ke­jutan menumbangkan Pre­siden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Sebelum ini, Shamsul Iskandar digelar giant killer kerana menumpaskan Tun Mohd. Ali Rustam yang kini menjadi Yang Dipertua Negeri Melaka, di Parlimen Hang Tuah Jaya pada PRU14.

Menurutnya, beliau tidak ber­kempen seperti Ahmad Za­hid yang mengadakan per­temuan dengan jentera kempen atau program besar-besaran sebaliknya bertemu terus de­ngan pengundi.

“Saya sifatkan sambutan yang saya terima di sini amat memeranjatkan terutama di kubu atau kawasan yang dianggap kuat Ahmad Zahid. Saya sudah pergi hampir 80 peratus kawasan Melayu, Cina dan India di sini.

“Sambutan pengundi Cina dan India amat baik serta Melayu begitu baik. Cuma yang tak buka pintu dalam 10 hingga 15 rumah sahaja.

“Rakyat di sini sedia mendengar, bertanya khabar dan berkenalan dengan saya dan itu sudah cukup baik bagi saya.

“Pendekatan saya tak macam Ahmad Zahid yang bertemu jentera, program be­sar-besaran menjemput orang datang, saya lebih suka pendekatan personal, pendekatan lebih bersifat peribadi saya ke rumah,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Shamsul Iskandar berkata, menjelang hari mengundi Sab­­tu ini, sambutan dan so­­ko­ngan yang diterima da­ri­pada pengundi cukup mem­be­rangsangkan.

“Insya-Allah mampu menang, jika rakyat Bagan Datuk memberi peluang untuk diri mereka mencipta sejarah pada PRU15 kali ini,” katanya.

Ahmad Zahid yang me­nyandang kerusi Parlimen itu selama lima penggal dicabar oleh Shamsul Iskandar, Dr. Muhammad Faiz Na’aman daripada Perikatan Nasional (PN) dan bekas Ahli Parlimen Sungai Benut, Tawfik Ismail, 71, yang bertanding sebagai calon Bebas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya