Shahidan turun kubu MB di Bintong esok

Shahidan turun kubu MB di Bintong esok

SHAHIDAN Kassim ketika berceramah di Jelempok, Arau, Perlis baru-baru ini.- UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU : Datuk Seri Shahidan Kassim dijadual turun berkempen di Bintong yang merupakan kawasan Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man malam esok.

Calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Arau itu dijadualkan menyampaikan ceramah di markas Pas cawangan Padang Kota, Bintong.

Kehadiran Shahidan di Bintong itu bakal menarik perhatian ramai berikutan sebelum ini beliau memberi peringatan akan memastikan Azlan kalah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bintong dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Sabar, tunggu, saya datang dengan niat ikhlas untuk jatuhkan dia (Azlan),” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah di Jelempok di sini malam tadi.

Sebelum ini, Shahidan Kassim memberi peringatan tegas akan memastikan Azlan yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri kalah di Bintong dalam PRU15.

Shahidan dilaporkan berkata, selain memastikan kemenangan di Parlimen Arau, fokus memastikan kekalahan Azlan dalam usaha memenangkan PN juga menjadi keutamaan.

“Matlamat kita adalah untuk jatuhkan Menteri Besar dengan dahsyatnya kerana dia melanggar keputusan UMNO Bahagian berhubung isu pemilihan calon. Saya akan pergi ke Bintong untuk berkempen dan menceritakan keadaan yang sebenarnya.

“Bahagian Arau dengan terang mencadangkan lima nama sebagai calon Parlimen dan DUN Arau namun calon-calon yang dihantar itu tidak terpilih,” kata Shahidan.

Sementara itu, Shahidan berkata, PRU15 bakal melakar sejarah luar biasa dengan BN dijangka kalah buat pertama kalinya di negeri ini.

“Kita kena kalahkan BN di Perlis terutama BN dipimpin oleh pemimpin tidak wajar jadi pemimpin. Saya berharap kerajaan ini tumbang.

“Di Arau kita yakin menang tiga atau empat kerusi DUN, Kangar tiga DUN dan Padang Besar dua kerusi DUN sekali gus mempunyai jumlah kerusi yang cukup bagi membentuk kerajaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya