Shahidan sah calon PN Parlimen Arau

Shahidan sah calon PN Parlimen Arau

ABDUL Hadi Awang mengangkat tangan Shahidan Kassim selepas diumumkan sebagai calon Parlimen Arau atas tiket PN di Rusila, Marang, Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRYY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG : Penyandang kerusi Parlimen Arau, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim sah bertanding di kerusi Parlimen itu atas tiket Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU15), 19 November ini.

Pengumuman Shahidan sebagai calon PN diumumkan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam majlis pengisytiharan calon PN Terengganu di Rusila, di sini malam ini.

Pengumuman Abdul Hadi itu mendapat tepukan gemuruh daripada ahli dan penyokong Pas yang hadir pada majlis tersebut.

Shahidan dalam ucapan ringkasnya selepas itu berkata, beliau tidak berpuas hati dengan kaedah pemilihan calon Barisan Nasional (BN) yang diumumkan di Kuala Lumpur pada Selasa lalu.

“Presiden UMNO (Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi) menipu kerana mengatakan nama senarai calon yang diumumkan itu adalah hasil keputusan Top Five parti.

“Sebenarnya, nama saya ada tersenarai oleh Top Five tetapi diubah oleh Presiden,” katanya yang memberitahu akan berkempen sedaya upaya untuk kemenangan PN di Perlis.

Sebagai rekod, Shahidan yang sudah lebih 30 tahun dalam politik menguasai Parlimen Arau pada Pilihan Raya Umum 1986, 1990, 2013 dan 2018 selain pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Besar dari 1995 hingga 2008.

Setiap kali PRU sejak 1986, sama ada di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN), Shahidan tidak pernah tewas termasuk ketika berhadapan dengan dua Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Dr. Haron Din dan Datuk Hashim Jasin iaitu pada 2004 (DUN Tambun Tulang), 2013 (Parlimen Arau) dan 2018 (Parlimen Arau).

Bagaimanapun pada pengumuman calon BN pada Selasa lalu, nama Shahidan yang juga Ketua UMNO bahagian itu gugur sebagai calon bagi Parlimen Arau dalam PRU15.

Selain Shahidan, Abdul Hadi juga mengumumkan penyandang Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abd. Muttalib turut bertanding di kerusi Parlimen itu atas tiket PN.- UTUSAN

Caption

ABDUL Hadi Awang mengangkat tangan Shahidan Kassim selepas diumumkan sebagai calon Parlimen Arau atas tiket PN di Rusila, Marang, Terengganu, malam ini. – UTUSAN/PUQTRA HAIRYY ROSLI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya