Shahbudin mengundi kali ke-14

Shahbudin mengundi kali ke-14

SHAHBUDIN Isa menunjukkan jari yang dicelup dakwat biru selepas melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi di SK Sungai Bayor, Rantau Panjang, Selama di Larut, Perak. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LARUT: Seorang warga emas, Shahbudin Isa, 81, teruja apabila masih berpeluang menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengundi untuk kali ke-14 hari ini.

Menurutnya, dia bangun seawal pukul 5 pagi kerana mahu menjadi yang terawal tiba di pusat pengundian dekat Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Bayor di Rantau Panjang, Selama.

“Hanya Pilihan Raya Umum (PRU) yang pertama pada tahun 1955 saya tidak mengundi sebab ketika itu tidak cukup umur lagi.

“Selepas daripada itu, saya tidak pernah gagal mengundi sehingga sekarang. Ini memang masa yang ditunggu sebagai rakyat Malaysia,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurutnya, faktor cuaca juga menyebabkan dia mengambil keputusan keluar awal walaupun pusat pengundian dibuka pada pukul 8 pagi.

“Cuaca sekarang tidak menentu, petang-petang selalunya hujan. Jadi, saya keluar awal untuk selesaikan segera tanggungjawab saya,” katanya.

Dia yang hadir sendirian menunggang motosikal menyifatkan mengundi satu tanggungjawab penting yang perlu ditunaikan setiap rakyat bergelar warganegara.

“Mana yang boleh undi, eloklah pergi mengundi, ini tanggungajwab kita pilih pemimpin untuk masa depan negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya