Sesak di bulatan Seri Negeri: Lampu isyarat baharu aktif setengah jam

Sesak di bulatan Seri Negeri: Lampu isyarat baharu aktif setengah jam

RAHMAD Mariman (kanan) meninjau kerja-kerja meratakan dua bonggol dari arah MITC dan Gapam berhampiran bulatan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kesesakan lalu lintas melampau di Ayer Keroh di sini selepas lampu isyarat baharu mula beroperasi di bulatan Seri Negeri sejak beberapa hari lalu bakal berakhir, apabila kerajaan negeri memutuskan ia hanya diaktifkan bagi tempoh setengah jam setiap hari dalam tempoh waktu bekerja.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Pengurusan Banjir dan Infrastruktur negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, lampu isyarat tersebut kini beroperasi bermula pukul 4.45 hingga 5.15 petang sahaja, tidak termasuk cuti hujung minggu.

Menurutnya, langkah itu diambil kerajaan negeri dan Jabatan Kerja Raya (JKR) ekoran berlakunya kesesakan luar biasa sejak lampu isyarat tersebut digunakan sewaktu tempoh percubaan, bermula Selasa lalu.

“Kita menerima banyak rungutan daripada pengguna jalan raya pada Selasa lalu kerana berlaku kesesakan luar biasa sejak lampu isyarat itu dipasang dan digunakan sewaktu tempoh percubaan.

“Ekoran daripada itu, kita telah membuat pemerhatian dan kajian terperinci serta telah merumuskan tiga langkah terbaik bagi mengelak daripada berlakunya kesesakan selepas ini. Saya yakin tiga langkah yang diambil ini akan dapat mengurangkan kesesakan agar tidak berulang seperti Selasa lalu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambah Rahmad, langkah kedua yang diambil adalah meratakan dua bonggol dari arah Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) dan Gapam yang menyebabkan kenderaan bergerak perlahan di kedua-dua arah apabila lampu isyarat bertukar hijau.

Selain itu, katanya, lampu isyarat hijau dari arah MITC juga akan dipanjangkan dari 90 saat kepada 110 saat untuk tempoh setengah jam seperti ditetapkan.

“Selebihnya, lampu isyarat itu akan kembali seperti biasa. Begitu juga lampu isyarat di bulatan Seri Negeri selepas tempoh itu akan bertukar kuning berkelip. Tujuan pembinaan lampu isyarat di bulatan berkenaan adalah bagi memberi kemudahan kepada kira-kira 600 kakitangan di Seri Negeri pulang ke rumah selepas waktu bekerja.

“Sebelum ini kakitangan terbabit menghadapi masalah untuk melepasi bulatan berkenaan kerana waktu puncak dan keadaan itu menyebabkan berlaku pula kesesakan dalam Seri Negeri,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya