Senyuman terakhir Freddie Mercury

Senyuman terakhir Freddie Mercury

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SELEPAS 31 tahun pemergian vokalis kumpulan Queen, Freddie Mercury, peminat akhirnya berpeluang menyaksikan imej terakhir penyanyi legenda itu menerusi dua gambar yang tular di media sosial, baru-baru ini. 

Imej tersebut dirakam pada 28 Ogos 1991, tiga bulan sebelum kematian penyanyi yang terkenal dengan jolokan electric frontman itu. 

Ketika gambar itu diabadikan, Freddie tersenyum menggayakan kemeja lengan pendek bercorak dan berseluar kelabu. 

Beliau ditemani kucing peliharaannya di belakang halaman sebuah kediaman dekat One Garden Lodge, Kensington Barat, London, United Kingdom. 

Imej tersebut dirakam jauh oleh sahabat mendiang, Jim Hutton, atas permintaan penyanyi tersebut yang pada ketika itu kelihatan susut dan tidak bermaya. 

Bintang kelahiran Zanzibar, Tanzania itu menghembuskan nafas terakhir pada 24 November 1991 selepas lama berperang dengan penyakit Aids. 

Beliau mengesahkan dirinya dijangkiti HIV menerusi satu kenyataan yang dibuat 24 jam sebelum kematiannya. 

Pengumuman tersebut sekaligus menamatkan spekulasi berhubung status kesihatannya yang bertahun-tahun disembunyikan. 

Desas-desus mengaitkan mendiang dengan penyakit HIV timbul sejak 1986. Peminat berteka-teki setelah mendapati kesihatannya merosot secara mendadak sehingga memaksa kumpulan Queen menangguhkan konsert Magic Tour pada 1987. 

Freddie pada sisa terakhir hidupnya mengasingkan diri daripada khalayak dan hanya berkurung di kediaman mewahnya di Kensington Barat. Menceritakan tentang gambar tersebut, Jim berkongsi secara terperinci saat imej itu dirakamkan. 

“Freddie diabadikan buat kali terakhir menerusi empat keping gambar yang diambil ketika musim panas. “Beliau berjalan menghampiri saya ketika saya mengambil gambar bunga-bungaan yang tumbuh mekar di halaman rumahnya. 

“Ketika saya menetapkan fokus lensa kamera, Freddie berundur beberapa langkah kebelakang agar tidak dirakam pada jarak dekat. Dia memberikan senyuman untuk beberapa gambar yang diambil. 

“Wajahnya sedikit pucat dan dia sedar penampilannya ketika itu bukan yang terbaik. 

“Perkara itu bagaimanapun tidak mengganggu Freddie. Gambar itu adalah imej terbaik Freddie yang saya rakamkan,” katanya. 

Dalam satu wawancara pada 2013, anggota Queen, Brian May memaklumkan, Freddie sengaja bersembunyi untuk mengelakkan imejnya dirakam orang. 

“Kami tahu hayatnya tidak panjang. Dia mahukan kehidupan normal, meskipun pada saat dia tidak selesa dan menanggung kesakitan. 

“Dia diburu wartawan dan mereka yang mencarinya. Ketika itu, dia cuma mahu bersendirian menjalani kehidupan dengan aman dan tenang,” ceritanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya