Saya tunggu sepanjang hari tawaran PN - Saarani

Saya tunggu sepanjang hari tawaran PN – Saarani

SAARANI Mohamad dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Exco kerajaan negeri di Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad menafikan beliau berbohong berhubung kenyataannya Perikatan Nasional (PN) tidak membuat tawaran kepada Barisan Nasional (BN) dalam usaha membentuk kerajaan negeri.

Menurutnya, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang membuat dakwaan itu mungkin tidak melihat keseluruhan kenyataannya mengenai perkara itu di Kuala Kangsar selepas mengangkat sumpah jawatan menteri besar kelmarin.

Saarani mengakui memang ada pertemuan beliau dengan Ahmad Faizal atau Peja dan Setiausaha PN negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 20 November lalu untuk membincangkan kemungkinan membentuk pakatan antara kedua-dua gabungan itu di Perak.

Katanya, dalam perjumpaan itu, Zainol Fadzi menjelaskan beliau tidak boleh menawarkan apa-apa kerana dia hanya Setiausaha PN negeri dan dia cuma ditugaskan untuk mengatur perjumpaan.

“Saya setuju jumpa Peja. Kita bincang apa tujuan perjumpaan dan dia kata nak ajak BN bekerja dengan dia. Saya kata terima kasih kerana mengundang kami tapi saya perlu tahu apa peranan saya sebab ini nak membentuk kerajaan, kalau tidak peranan saya adalah sebagai pembangkang, apabila dijemput saya menjadi kerajaan mesti ada peranan saya.

“Saya kena berterus terang sebab PH pun telah berjumpa kita dan telah memberi peranan saya iaitu BN akan berperanan sebagai Speaker, BN akan berperanan sebagai Menteri Besar, BN akan berperanan tiga daripada 10 exco, jadi jelas sudah ada.

“Jadi saya tanya Peja, apa peranan nak bagi pada saya dan dia kata kena ada mesyuarat biro politik dahulu, saya kata tak apalah saya pun ada mesyuarat biro politik ketika itu dan saya kata sehingga ada keputusan nanti, beritahu saya, bolehlah saya buat perbandingan antara tawaran yang ditawarkan PH dan PN, baru boleh buat keputusan.

“Tapi saya tunggu sepanjang hari tapi tiada siapa memaklumkan kepada saya dan saya tak boleh tunggu lama sebab saya tak nak rakyat Perak stress kerana ada benda kita kena buat jadi sebab itu kalau dah tak ada (tawaran daripada PN), tak adalah, jadi saya teruskan,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat exco di sini hari ini.

Menurutnya, kenyataan balas Ahmad Faizal kononnya beliau berbohong  dan seolah-olah menafikan ada pertemuan di antara BN dan PN, mungkin hanya salah faham.

“Saya tak menafikan ada pertemuan,  tak apa itu (Ahmad Faizal) sahabat saya,” katanya.

Shaarani mengulas kenyataan Ahmad Faizal adalah tidak benar PH tidak bertemu dan tidak menawarkan sebarang peranan kepada BN dalam usaha membentuk kerajaan negeri.

Jelas Ahmad Faizal, beliau bertemu dengan Saarani pada 20 Nov 2022 di Kuala Lumpur, bersama Zainol Fadzi untuk membincangkan kemungkinan membentuk pakatan antara kedua-dua gabungan itu di Perak.

Kenyataan itu dibuat selepas Saarani berkata, BN membentuk kerajaan negeri bersama PH selepas BN tidak menerima menerima tawaran daripada PN untuk membentuk kerajaan negeri. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya