Saya tidak takut masuk lokap - Rafizi - Utusan Malaysia

Saya tidak takut masuk lokap – Rafizi

RAFIZI Ramli berucap dalam Ceramah Ayuh Malaysia di padang Taman Seraya di Pandan, malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli tidak takut ditahan pihak berkuasa susulan siasatan perisytiharan harta oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Malah, beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya PKR yakin Pakatan Harapan (PH) mampu menang besar pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) jika dirinya dibawa ke lokap.

Katanya, serangan bertubi-tubi yang diterimanya itu didakwa kerana Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) makin terdesak menjelang hari pengundian.

“Kalau setakat tidur dua atau tiga malam dalam lokap, saya tidak takut sebab sudah berkali-kali saya masuk.

“Mereka tahu gelombang rakyat ke arah PH makin kuat dan apabila terdesak mereka gunakan SPRM untuk serbu pejabat saya, tahan dan soal siasat budak muda yang tiada kaitan dengan politik,” katanya dalam ceramah Ayuh Malaysia di padang Taman Seraya di sini.

Kelmarin, SPRM mengesahkan hadir ke pejabat Rafizi, Invoke Solutions Sdn. Bhd. bagi mengambil dokumen berkaitan siasatan ke atas syarikat itu.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim berkata, kehadiran beberapa pegawai SPRM ke pejabat berkenaan kira-kira pukul 11.30 pagi itu merupakan prosedur biasa sekiranya sesuatu siasatan dijalankan

Dalam pada itu, Rafizi berkata, data terkini tahap sokongan pengundi terhadap PH sepanjang dua minggu berkempen hanya akan diketahui esok.

Bagaimanapun katanya, setakat Isnin lalu, hasil laporan menunjukkan PH bakal menjadi blok terbesar menerusi kemenangan antara 90 hingga 95 kerusi Parlimen.

“Yang paling penting, PH adalah blok yang jauh ke depan berbanding BN dan PN. Esok kita akan tahu jika berlaku lonjakan baharu sama ada PH melepasi angka 100 kerusi Parlimen atau membentuk majoriti mudah menerusi 112 kerusi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya