Saya tak janji bulan bintang tapi dapat sayur - KJ

Saya tak janji bulan bintang tapi dapat sayur – KJ

KHAIRY Jamaluddin pada Ceramah Kata Janji KJ di Kampung Paya Jaras Dalam, di Sungai Buloh, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI BULOH: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin memaklumkan beliau tidak akan menjanjikan bulan dan bintang buat pengundi di kerusi berkenaan.

Penyandang Parlimen Rembau itu berkata, manifesto beliau yang akan diumumkan dalam masa terdekat ini lebih kepada memenuhi keperluan serta menyelesaikan masalah penduduk Sungai Buloh.

“Saya akan umumkan manifesto saya untuk Sungai Buloh dan saya hanya akan janji benda yang saya boleh buat serta saya tidak akan janji benda mengarut serta tidak masuk akal.

“Saya bukan pemimpin yang jual bulan dan bintang dan akhirnya tidak dapat apa-apa, dapat sayur sahaja. Itu bukan fitnah bukan? Nanti dia saman saya,” katanya sambil berseloroh pada Ceramah Kata Janji KJ di Kampung Paya Jaras Dalam, di sini, malam tadi.

Khairy turut mengingatkan pengundi Sungai Buloh untuk menerima pemberian sayur daripada pihak lawannya tetapi apabila mengundi mereka perlu memilih beliau.

“Sayur dia kita terima, kita masak, kita makan tetapi undi BN,” katanya sambil disambut dengan tawa penduduk yang hadir pada ceramah tersebut.

Mengulas lanjut, Khairy memaklumkan beliau akan melihat permasalahan yang dihadapi penduduk Sungai Buloh dari segi masalah kehidupan rakyat, jalan tidak diturap dan banjir di Kubu Gajah.

“Kalau terpaksa naik basikal sendiri saya akan jatuh supaya jalan itu diturap demi orang Sungai Buloh,” katanya.

Parlimen Sungai Buloh bakal menyaksikan pertandingan tujuh penjuru melibatkan Khairy (BN), R. Ramanan (PH), Mohd. Ghazali Md. Hamin (PN), Mohd. Akmal Mohd. Yusof (GTA), Ahmad Jufliz Faiza (PRM) dan Nurhaslinda Basri serta Syed Abdul Razak Syed Long Alsagof masing-masing calon Bebas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya