Saya tak gagal, dakwaan berniat jahat - Wee Jeck Seng

Saya tak gagal, dakwaan berniat jahat – Wee Jeck Seng

WEE Jeck Seng bersama orang ramai pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya BN Tanjung Piai di Kampung Rimba Terjun, di Pontian, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Penyandang kerusi Parlimen Tanjung Piai, Datuk Seri Wee Jeck Seng menafikan tuduhan calon lawan yang mendakwa beliau gagal membangunkan kawasan tersebut.

Menurutnya, tuduhan tersebut sebenarnya berniat jahat tanpa membuat kajian terperinci disebabkan mereka bukan penduduk tempatan dan hanya datang ketika musim pilihan raya.

Katanya,  pelbagai projek infrastruktur dilaksanakan seperti jalan-jalan yang lebih baik termasuk jalan ke kawasan pelancongan dari Pekan Permas ke Taman Negara Tanjung Piai.

Kemudahan lain seperti perkhidmatan kesihatan juga dibuat dengan pembukaan klinik kesihatan di Pekan Nanas serta menaik taraf beberapa kemudahan lain.

“Isu Hospital Pontian yang dibangkitkan mereka sebenarnya diluluskan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tetapi tidak diteruskan selepas pertukaran kerajaan.

“Tuduhan yang mengatakan tahap kemiskinan di Tanjung Piai tinggi juga tidak berasaskan fakta kerana pelbagai peluang menambah pendapatan banyak dilakukan kepada golongan tersebut,” katanya selepas Pelancaran Jentera Pilihan Raya BN Parlimen Tanjung Piai di Kampung Rimba Terjun, di sini.

Majlis pelancaran disempurnakan Pengarah Pilihan Raya BN Parlimen Tanjung Piai, Datuk Jefridin Atan yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pekan Nanas, Tan Eng Meng.

Pada PRU15, Jeck Seng menghadapi saingan tiga penjuru daripada calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Lim Wei Jiet dan calon  Perikatan Nasional (PN) Kol (PA) Najwah Halimah Ab. Halim

Jeck Seng berkata, taktik seperti itu memang biasa dilakukan pembangkang bagi membangkitkan kemarahan pengundi, tetapi mereka tidak tahu kedudukan yang sebenar.

“Bertandinglah dengan sihat, bukan sengaja membuat tuduhan melulu, tanpa usul periksa, tawarkan apa yang mampu dilakukan untuk pengundi Tanjung Piai,” katanya.

Sementara itu, Jefridin meminta pengundi di Parlimen Tanjung Piai tidak mengulangi kesilapan pada PRU14, sehubungan itu mereka perlu memberikan sokongan dan kepercayaan kepada Jeck Seng sebagaimana dilakukan semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai pada 2019.

Menurut Jefridin, kemenangan dengan majoriti 15,086 undi walaupun ketika itu negara diperintah Pakatan Harapan (PH) perlu dikekalkan dengan kemenangan lebih besar pada PRU15. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya