Saya serahkan pada pengundi buat pilihan esok - Ramanan

Saya serahkan pada pengundi buat pilihan esok – Ramanan

R. RAMANAN ketika berucap pada Ceramah Mega PH Bukit Rahman Putra, di Sungai Buloh, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI BULOH: Calon Pakatan Harapan (PH), Parlimen Sungai Buloh, Datuk R. Ramanan menyuarakan keyakinan beliau terhadap pengundi di kerusi berkenaan untuk menentukan siapa wakil rakyat mereka esok.

Menurut Ramanan, beliau telah melakukan yang terbaik sepanjang 13 hari berkempen dan bertemu pengundi selain mendengar permasalahan yang dihadapi mereka.

Jelasnya, beliau yakin dengan kebijaksanaan pengundi untuk memastikan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat sebagai Perdana Menteri pada Ahad ini.

“Saya ingat biar pengundi tentukan (siapa wakil rakyat mereka di Sungai Buloh) dan saya yakin dengan kebijaksanaan mereka.

“Saya menyeru semua pengundi Sungai Buloh keluar awal untuk menunaikan tanggungjawab mereka dan mengundi PH untuk masa hadapan anak-anak serta cucu mereka,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Penyerahan Lesen dan Permit Penjaja Sementara Bandar Baru Sungai Buloh, di sini, hari ini.

Turut hadir pada majlis berkenaan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin dan Penyandang Parlimen Sungai Buloh, R. Sivarasa.

Ditanya bagaimana persediaan terakhir kempen beliau pada hari ini, Ramanan berkata beliau mempunyai jadual yang padat daripada pagi hingga malam.

“Memang hari ini saya akan berada di lapangan seharian daripada pagi sampai malam untuk berkempen pada hari terakhir kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Saya sudah berusaha jadi kita serahkan kepada tuhan menentukan dan biar pengundi membuat pilihan,” katanya.

Parlimen Sungai Buloh bakal menyaksikan pertandingan tujuh penjuru melibatkan Khairy Jamaluddin (BN), Ramanan (PH), Mohd. Ghazali Md. Hamin (PN), Mohd. Akmal Mohd. Yusof (GTA), Ahmad Jufliz Faiza (PRM) dan Nurhaslinda Basri serta Syed Abdul Razak Syed Long Alsagof masing-masing calon Bebas.

Pada PRU14 dalam persaingan di P.107 Sungai Buloh, Sivarasa meraih 43,631 undi menewaskan Nuridah daripada Pas yang memperoleh 16,977 undi, A.Prakash Rao mewakili BN (16,681) dan Zainurizzaman Moharam dari PSM (642) –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya