Saya sedia maafkan penyebar fitnah - Dr. Hafiz - Utusan Malaysia

Saya sedia maafkan penyebar fitnah – Dr. Hafiz

DR. Mohd. Hafiezulniezam Mohd. Hasdin menunjukkan laporan di IPD Kota Bharu Kelantan. - UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Pengkalan Chepa, Dr. Mohd. Hafiezulniezam Mohd. Hasdin atau Dr. Hafiz nyata ‘berjiwa’ besar apabila sedia memaafkan penyebar fitnah yang mempertikai status kelayakan akademik serta gelaran doktor digunakan olehnya.

Untuk itu beliau berharap individu berkenaan dapat tampil dengan memperbetul semula keadaan tersebut.

“Jika mereka sebar fitnah atas dasar tugas menjatuhkan saya dan bekerja dengan parti lain, teruskan kerja itu kerana adalah sumber rezeki mereka.

“Hasrat saya hanya satu, mahu berkhidmat dan menjaga kebajikan masyarakat di Pengkalan Chepa jika saya menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15),” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dr. Hafiz memberitahu, beliau lega kebenaran berpihak kepadanya selepas universiti mengesahkannya alumni Fakultas Kedokteran, Universiti Gadjah Mada, Indonesia.

Katanya, pada masa sama ijazahnya yang dimiliki diiktiraf oleh universiti berkenaan sekali gus menjawab fitnah yang dilontarkan oleh individu tertentu.

“Untuk makluman, gelaran doktor dan tauliah saya dalam bidang perubatan juga berdaftar dengan kerajaan Indonesia,” jelasnya.

Utusan Malaysia pada 5 November lalu melaporkan Dr. Hafiz tampil ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di sini untuk membuat laporan berkait fitnah yang tular di media sosial mempertikai status kelayakan akademiknya sebagai graduan berkelulusan perubatan.

Dr. Hafiz hadir membuat laporan pada pukul 4.07 petang bersama peguam dan jentera BN yang bertujuan mengambil tindakan undang-undang ke atas pelaku.

Menurutnya, fitnah tersebut secara tidak langsung menjejaskan nama baik serta menjatuhkan reputasinya sebagai calon BN di Parlimen Pengkalan Chepa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya