Sampah punca proses pendalaman Sungai Klang lambat siap

Sampah punca proses pendalaman Sungai Klang lambat siap

IZHAM Hashim (dua dari kiri) ketika melakukan tinjauan terhadap perkembangan projek tersebut di Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor. -UTUSAN/ MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM:  Kuantiti sampah yang banyak menjadi salah satu punca proses melebar serta mendalamkan Sungai Klang lambat untuk disiapkan.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Izham Hashim berkata, sekiranya tiada sampah di dalam sungai tersebut, pihak pengendali projek berkenaan dapat melakukan kerja mendalamkan sungai lebih cepat.

“Ketika pihak pengendali mengorek Sungai Klang, banyak sampah yang mereka jumpai seperti tilam, tayar kenderaan termasuk kereta sorong bayi.

“Secara keseluruhan, pihak pengendali berjaya mengorek 50 meter (m) Sungai Klang di blok pertama ini,” katanya ketika membuat tinjauan perkembangan projek itu di Kota Kemuning, hari ini.

Justeru itu, beliau menjangkakan berlaku sedikit kelewatan bagi menyiapkan projek itu, namun Izham memberi keyakinan ia dapat disiapkan dengan baik.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa kerajaan negeri bakal menggunakan 100 buah kolam serta tasik di Selangor sebagai tempat takungan air hujan.

Menurutnya, kerajaan negeri turut merancang untuk membina saluran bagi membolehkan air kolam serta tasik dialirkan ke sungai-sungai dalam Selangor.

“Kalau pada musim hujan, kita akan buang 30 peratus jumlah air dalam kolam serta tasik ini ke sungai supaya ia dapat menampung air hujan.

“Selain kolam takungan, kita bercadang akan menggunakan kolam dan tasik sebagai sumber air mentah di negeri ini,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya