Rosli pelawa Ku Nan, Radzi debat terbuka

Rosli pelawa Ku Nan, Radzi debat terbuka

ROSLI Ramli berbual bersama pengunjung ketika melakukan kempen di Medan Selera Presint 16, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Calon Pejuang P125 Putrajaya, Datuk Rosli Ramli mengajak dua calon lain bagi merebut kerusi Parlimen ini untuk menyertai sesi debat tiga penjuru dalam masa terdekat.

Rosli ketika ditemui hari ini berkata, beliau berbesar hati jika ada mana-mana pihak atau media dapat menganjurkan debat berkenaan.

Menurutnya, debat terbuka itu akan disertai beliau serta dua calon lain iaitu Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Ku Nan) dari Barisan Nasional (BN) dan Datuk Dr. Radzi Jidin (PN).

“Debat itu khusus bagi membincangkan idea dan hala tuju masing-masing di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ini. Semalam, kami bertiga bertembung di pasar malam dan kali ini, jika menjadi kenyataan kita akan jumpa di medan perdebatan pula.

“Kalau boleh dilaksanakan di tempat terbuka lagi bagus. Insya-Allah ia akan menjadi suatu perkara yang boleh mencambahkan pemikiran masyarakat kita di sini,” katanya.

Katanya, menerusi debat terbuka itu nanti, ketiga-tiga calon boleh berbincang untuk melihat kaedah-kaedah yang boleh membangunkan semula Putrajaya pada masa depan.

Rosli berkata, semalam, beliau bersama dua calon lain bertemu di pasar malam dan mungkin penduduk akan fokus kepada tiga calon ini sahaja.

“Tiga calon (Dr Noraishah Mydin Abd. Aziz dan dua calon bebas) jangan fokuslah sebaliknya fokus kepada kami bertiga sahaja. Secara kebetulan pula, saya calon nombor tiga,” katanya.

Katanya, debat terbuka ini penting bagi memberi peluang kepada penduduk Putrajaya menilai sendiri kemampuan calon bertanding selain boleh mewujudkan suasana politik matang, seimbang dan telus. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya