Richie Huan Xin Yun calon BN kerusi Parlimen Bukit Bendera - Utusan Malaysia

Richie Huan Xin Yun calon BN kerusi Parlimen Bukit Bendera

KETUA Pemuda PCM Nasional, Richie Huan Xin Yun dipilih sebagai calon baharu BN bagi kerusi Parlimen Bukit Bendera.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Ketua Pemuda Parti Cinta Malaysia (PCM) Nasional, Richie Huan Xin Yun dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Bukit Bendera.

Perkara itu diumumkan menerusi laman Facebook Presiden PCM, Datuk Huan Cheng Guan hari ini.

Richie dinamakan sebagai calon bagi menggantikan Razalif Mohd. Zain yang digugurkan daripada menjadi calon BN bagi kerusi berkenaan.

Presiden PCM, Datuk Huan Cheng Guan berkata, Majlis Tertinggi PCM telah berbincang dan mendapati Richie adalah calon yang paling sesuai untuk bertanding bagi mewakili BN di kerusi berkenaan.

“PCM ingin mengucapkan  terima kasih kepada Pengerusi BN kerana memberi peluang kepada PCM bertanding pada PRU15 (Pilihan Raya Umum Ke-15). Kami telah berbincang dan mendapati calon yang paling sesuai untuk bertanding di kerusi Parlimen Bukit Bendera ialah Ketua Pemuda PCM Nasional,” katanya.

Semalam, BN mengumumkan Razalif daripada parti PCM bertanding mewakili parti itu di kerusi Parlimen Bukit Bendera.

Bagaimanapun, sejak awal pagi ini timbul desas-desus mengenai kemungkinan pencalonan Razalif bagi mewakili BN di kerusi berkenaan dibatalkan serta diganti dengan calon lain.

Menurut Cheng Guan, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira kedudukan demografi, kebajikan rakyat serta pengundi di Parlimen Bukit Bendera.

”Sebagai Ahli Friends of BN sudah pasti peluang ini memberi makna bahawa BN adalah sebuah gabungan parti yang sangat harmoni dan bersesuaian dengan tema BN pada PRU15 ini iaitu Kestabilan dan Kemakmuran,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya