Razman enggan mohon maaf kepada Anwar

Razman enggan mohon maaf kepada Anwar

RAZMAN Zakaria (tengah) dalam sidang akhbar berhubung dakwaan beliau memfitnah Anwar Ibrahim Bagan Serai, Perak. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria tidak akan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung ucapannya mengaitkan Presiden PKR itu mempunyai agenda songsang jika menjadi Perdana Menteri.

Menurut Razman, beliau yakin tidak memfitnah Anwar kerana itu adalah berdasarkan kenyataan-kenyataan pimpinan Pakatan Harapan (PH) ketika menjadi kerajaan selama 22 bulan.

“Ini sebenarnya adalah kenyataan yang diselindungkan daripada pengetahuan rakyat dan saya yakin saya tidak memfitnah.

“Nilai saman RM5 juta yang dituntut itu amat kecil nilainya berbanding dengan akidah ummah,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Ditanya sama ada beliau bersedia berdebat dengan Anwar, Razman berkata:

 “Anytime, boleh tak ada masalah. Dia pun nak datang ke di sini dan jika dia ‘call’ saya untuk berjumpa, kita berjumpa. Saya pun ada nak tanya dia beberapa perkara,” katanya.

Sebelum ini, Anwar mengemukakan saman RM5 juta terhadap Razman berhubung video  ucapannya di Tebuk Panchor yang mengatakan Anwar mempunyai agenda songsang jika menjadi perdana menteri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya