[RASMI] Tun M, Ku Li gagal pertahan kerusi

[RASMI] Tun M, Ku Li gagal pertahan kerusi

DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) mencipta sejarahnya yang tersendiri selepas dua veteran politik yang tidak pernah tewas dalam pilihan raya sejak 1974 akhirnya menemukan kegagalan.

Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Tengku Hamzah masing-masing gagal mempertahan kerusi Langkawi serta Gua Musang selepas tewas kepada calon dari Perikatan Nasional (PN).

Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) hanya berada di tempat keempat dalam pertembungan lima penjuru di Langkawi, dengan memperoleh 4,566 undi.

Kerusi Parlimen Langkawi dimenangi calon PN, Mohd. Suhaimi Abdullah dengan 25,463 undi manakala calon Barisan Nasional (BN), Armishah Siraj mendapat 11,945 undi dan calon Pakatan Harapan (PH), Zabidi Yahya memperoleh 5,417 undi.

TENGKU RAZALEIGH HAMZAH

Ahli Parlimen paling lama berkhidmat, Tengku Razaleigh atau dikenali sebagai Ku Li pula tewas tipis di tangan calon Pas, Mohd. Azizi Abu Naim dengan hanya majoriti 163 undi.

Mohd. Azizi menerima 21,826 undi manakala Ku Li dengan 21,663 undi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya