[Rasmi] Setiausaha Agung PKR kecundang

[Rasmi] Setiausaha Agung PKR kecundang

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL SAIFUDDIN Nasution Ismail berucap pada Konvensyen PH di Ipoh, Perak, hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDAR BAHARU: Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN), Roslan Hashim.

Setiausaha Agung PKR itu memperoleh 21,408 undi berbanding Roslan yang mendapat 34,469 sekali gus mencipta majoriti 13,061 undi.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Kulim Bandar Baharu, Dr. Nadzaman Mustaffa di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Sri Serdang, sebentar tadi.

Sementara itu, calon Barisan Nasional (BN), Datuk Muhar Hussin mendapat 13,872 undi, manakala calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Mohamad Yusrizal Yusoff hanya memperolehi 591 undi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN