PUTRAJAYA: Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr. Radzi Jidin yang juga calon Perikatan Nasional (PN) diumumkan menang di kerusi P125 Putrajaya selepas memperoleh majoriti 2,310 undi.
Pengesahan itu dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Putrajaya, Shamshul Joehari Zainal Mokhtar Nasional (PN) di pusat penjumlahan undi di Dewan Kompleks Kejiranan Presint 9 di sini.
Radzi memperoleh 16,002 undi menewaskan penyandang empat penggal kerusi itu, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Keputusan rasmi menyaksikan Tengku Adnan memperoleh (13,692) diikuti calon Pakatan Harapan (PH), Dr. Noraishah Mydin Abdul Aziz (5,988) calon Pejuang, Datuk Mohd Rosli Ramli (878), calon bebas, Samsudin Mohamad Fauzi (63) dan calon bebas, Lim Fice Bee (20).
Keputusan Radzi untuk bertanding di kubu kuat Umno itu berbaloi apabila beliau mengalahkan Tengku Adnan yang menguasai kerusi itu sejak 2004. – UTUSAN