PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) berjaya merangkul satu kerusi di Sarawak apabila calonnya, Ali Biju berjaya memenangi kerusi Parlimen Saratok dengan majoriti 8,826 undi.
Keputusan rasmi menyaksikan calon PN itu menewaskan dua saingan lain, iaitu calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Giendam Jonathan Tait dan calon Pakatan Harapan (PH), Ibil Jaya.
Ali Biju memperoleh 19,223 undi manakala Giendam mendapat 10,397 undi dan Ibil hanya memperoleh 1,221 undi.
Peratus keluar mengundi kerusi tersebut adalah sebanyak 69.26 peratus dengan 30,841 undi dikira berbanding 44,531 pengundi berdaftar. – UTUSAN