[RASMI] PH pertahan Sekijang, Mas Gading

[RASMI] PH pertahan Sekijang, Mas Gading

pru15
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Calon Pakatan Harapan (PH), Dr. Zaliha Mustafa dan Mordi Bimol mempertahan kerusi Parlimen Sekijang dan Mas Gading, masing-masing dengan kemenangan majoriti 1,734 dan 5,480 undi.

Keputusan rasmi menyaksikan Zaliha memperoleh 18,941 undi dalam pertandingan lima penjuru sambil disaing hebat calon Barisan Nasional (BN), Md. Salleheen Mohamad (17,207 undi) dan calon Perikatan Nasional (PN), Uzzair Ismail (11,612 undi).

Mordi pula menerima 17,274 undi, menewaskan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Lidang Disen (11,794 undi) dan calon Parti Bumi Kenyalang (PBK), Ryan Sim Min Leong (2,311 undi).

Seramai 75.39 peratus pengundi keluar mengundi di Sekijang dengan 48,237 undi dikira berbanding 63,981 pengundi berdaftar.

Peratus keluar mengundi untuk kerusi Mas Gading pula ialah 66.52 peratus dengan 31,379 undi dikira berbanding 47,171 pengundi berdaftar. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya