PETALING JAYA: Calon Pakatan Harapan (PH), Pang Hok Liong berjaya mempertahan kerusi Parlimen Labis dengan kemenangan majoriti 2,833 undi.
Keputusan rasmi menyaksikan beliau menewaskan dua lagi calon, iaitu Chua Tee Yong (Barisan Nasional) dan Alvin Chang Teck Kiam (Perikatan Nasional) yang masing-masing menerima 13,300 dan 5,312 undi.
Walau bagaimanapun, jumlah undi dan majoriti Hok Liang berkurang berbanding pencapaiannya dalam PRU14 lalu. Beliau mendapat 16,133 undi kali ini, berbanding 16,709 undi dalam PRU14.
Peratus keluar mengundi untuk kerusi tersebut ialah 69.70 peratus dengan 34,745 undi dikira berbanding 49,846 pengundi berdaftar. – UTUSAN