DAMANSARA: Pakatan Harapan (PH) menerusi calonnya Gobind Singh Deo mempertahan kubu kuat pasrti itu di Parlimen Damansara pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Beliau mencipta sejarah dengan undi yang lebih tinggi iaitu 142,875 undi.
Dua lawan beliau iaitu Lim Si Ching (PN) mendapat sebanyak 18,256 undi dan Tan Gim Tuan (BN) mendapat sebanyak 13,806 undi.
Keseluruhan pengundi berdaftar Parlimen Damansara adalah 239,103, jumlah kertas undi ditolak adalah 973 manakala peratus pengundian adalah 73.87 peratus.
Keputusan rasmi diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRU Damansara pada pukul 12.37 pagi ini.
Gobind yang merupakan Pengerusi DAP Selangor bagaimanapun tidak hadir ke Pusat Penjumlahan Rasmi Undi PRU15 di Dewan Komuniti Bandar Utama 11.
Terdahulu, Gobind memenangi Parlimen Puchong sebanyak tiga penggal dengan undi majoriti 35,079 (PRU08), 62,938 (PRU13) dan 60,429 (PRU18). – UTUSAN