BALING: Calon Perikatan Nasional (PN), Hassan Saad, 65, menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim di Parlimen Baling pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Hassan memperolehi sebanyak 64,493 undi berbanding Abdul Azeez, 35,356 undi sekali gus merekodkan majoriti 29,137 undi.
Pegawai Pengurus Parlimen Baling, Mohd. Shahadan Abdullah mengumumkan calon Pakatan Harapan (PH), Johari Abdullah mendapat 8,636 undi, manakala calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Leftenan Kolonel (B) Basir Abd. Rahman sekadar meraih 579 undi. –UTUSAN