[RASMI] Ahmad Said kecundang di Parlimen Kemaman  - Utusan Malaysia

[RASMI] Ahmad Said kecundang di Parlimen Kemaman 

AHMAD Said gagal merampas kerusi Parlimen Kemaman dalam PRU15.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN : Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said tewas dalam pertembungan empat penjuru di Parlimen Kemaman pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau yang merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu tewas kepada Che Alias Hamid yang menang bergaya dengan majoriti 27,179 undi. 

Che Alias yang juga merupakan penyandang kerusi parlimen itu memperoleh 65,714 undi manakala Ahmad mendapat 38,535 undi. 

Dua lagi pencabarnya, iaitu calon Pakatan Harapan (PH), Hasuni Sudin memperoleh 8,340 undi, manakala Rosli Ab Ghani daripada  Pejuang memperoleh 506 undi. 

Pada PRU14, Che Alias menang dengan majoriti 2,163 undi selepas meraih undi sebanyak 39,878 dengan menewaskan calon BN, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang mendapat 37,715 undi manakala calon PKR, Mohd. Huzaifah Md. Suhaimi memperoleh 12,911 undi. 

Keputusan tersebut diumumkan Pengurus Bahagian Pilihanraya Parlimen Kemaman, Ahmad Farhan Abdul Wahab di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman di sini, malam.ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya