Ramasamy mahu bina rumah kos rendah guna duit sendiri - Utusan Malaysia

Ramasamy mahu bina rumah kos rendah guna duit sendiri

M. RAMASAMY menyantuni masyarakat semasa berkempen di sekitar Parlimen Segamat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Segamat, Tan Sri M. Ramasamy Muthusamy mahu membina rumah kos rendah menggunakan wangnya sendiri bagi membantu golongan B40 membeli kediaman.

Beliau mengakui sudah ‘masak’ dengan kerenah birokrasi pihak bank yang dihadapi rakyat apabila melibatkan pembelian rumah.

“Saya berbesar hati dan berhasrat untuk membina 260 buah rumah kos rendah khas untuk golongan B40 dengan modal sendiri.

“Ini adalah hadiah buat rakyat Segamat jika saya diberi mandat menjadi Ahli Parlimen Segamat. Rumah kos rendah ini akan dijual secara sewa beli tanpa ikatan dengan pihak bank.

“Dengan latar belakang saya sebagai pemaju, ini bukan janji kosong tapi pasti, khas untuk warga Parlimen Segamat,” kata ketika di temui di Bandar Segamat hari ini.

Kawasan yang dicadangkan adalah seluas 5.2 hektar (13 ekar) di Kampung Paya Lebar yang terletak di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jementah dan di lokasi seluas 4.4 hektar berhampiran Taman Suria di DUN Buloh Kasap.

Pada PRU14, projek perumahan tersebut tidak dapat dijalankan kerana pertukaran kerajaan serta kekurangan bajet pembangunan selepas kerajaan BN tewas.

“Pada PRU15 ini, saya menzahirkan komitmen untuk meneruskan pembinaan rumah kos rendah di sini yang tergendala sejak empat tahun lalu. Perumahan untuk Keluarga Segamatku.

“Rumah milik sendiri yang selamat adalah satu kewajipan bagi semua. Ramai lagi rakyat Segamat tiada rumah sendiri. Oleh sebab itu, infrastruktur ini merupakan salah satu teras yang dititikberatkan.

“Kerajaan negeri Johor telah memperuntukkan 9.6 hektar (24 ekar) di Segamat bagi kita membina kawasan perumahan. Ini hanyalah permulaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya