Ramanan tidak ambil gaji jika menang kerusi Sungai Buloh 

Ramanan tidak ambil gaji jika menang kerusi Sungai Buloh 

R. RAMANAN (dua dari kiri) pada Ceramah Mega Paya Jaras, di Tapak Pasar Malam Paya Jaras, di Sungai Buloh, Selangor, malam ini. - UTUSAN/MOHAMAD HAFIZI MOHD SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI BULOH: Calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Sungai Buloh, Datuk R. Ramanan tidak akan mengambil gaji beliau sebagai Ahli Parlimen sekiranya memenangi kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Timbalan Ketua Penerangan 1 PKR itu berkata, duit gaji berkenaan akan diberi untuk kegunaan rumah ibadat seperti masjid, kuil dan tokong.

“Ikhlasnya saya hendak berkhidmat gaji saya kalau dapat jadi Ahli Parlimen saya tidak akan ambil seringgit pun.

“Duit itu akan diberi kepada penduduk Sungai Buloh untuk kegunaan masjid, surau, kuil dan tokong,” katanya ketika berucap pada Ceramah Mega Paya Jaras, di Tapak Pasar Malam Paya Jaras, di sini, malam ini.

Katanya, beliau akan berusaha menyelesaikan masalah tempatan di Sungai Buloh seperti menambah baik infrastruktur seperti jalan raya.

“Penempatan peniaga kecil tidak teratur dan terancang dan kena buat balik untuk mereka selain masalah tanah.

“Untuk anak muda rancangan saya adalah untuk membina satu pusat sukan dan satu tempat untuk mereka bermain permainan dalam talian,” katanya.

Selain Ramanan, Parlimen Sungai Buloh menyaksikan pertandingan tujuh penjuru melibatkan Khairy Jamaludin (BN), Mohd. Ghazali Md. Hamin (PN), Mohd. Akmal Mohd Yusof (GTA), Ahmad Jufliz Faiza (PRM) dan Nurhaslinda Basri serta Syed Abdul Razak Syed Long Alsagof masing-masing calon Bebas.

Untuk rekod, Parlimen Sungai Buloh adalah kerusi campuran yang disandang R. Sivarasa dari PKR sejak 2008 dan PRU lalu beliau memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti besar 26,634 undi.

Pada PRU14 dalam persaingan di P.107 Sungai Buloh, Sivarasa meraih 43,631 undi menewaskan Nuridah dari Pas yang memperoleh 16,977 undi, A.Prakash Rao mewakili BN (16,681) dan Zainurizzaman Moharam dari PSM (642). – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya