Ramanan, KJ randuk air bantu mangsa banjir

Ramanan, KJ randuk air bantu mangsa banjir

R. RAMANAN meranduk banjir kilat di Taman Setia Warisan, Kampung Melayu Subang, Sungai Buloh, Selangor, petang ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI BULOH: Kejadian banjir kilat di Kampung Melayu Subang sekitar pukul 5 petang ini menyebabkan calon-calon bertanding di Parlimen Sungai Buloh membatalkan kempen mereka dan bergegas ke lokasi.

Calon Pakatan Harapan (PH), Datuk R. Ramanan dipercayai menjadi individu pertama turun ke lokasi banjir di Taman Setia Warisan, Kampung Melayu Subang sekitar pukul 5 petang.

Ramanan dilihat meranduk air banjir setinggi paras betis bertemu dengan penduduk yang terjejas selepas air memasuki rumah mereka.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ramanan berkata, hasil tinjauan beliau dan maklumat diperoleh daripada ketua kampung, dianggarkan sekitar 200 rumah berisiko dilanda banjir di kawasan berkenaan.

Katanya, beliau mengarahkan pasukan khas banjir PH Sungai Buloh untuk menghantar bantuan bot laju dan ditempatkan di kawasan terjejas serta rumah ketua kampung.

“Saya juga telah menempatkan sekumpulan pasukan khas banjir PH Sungai Buloh di kawasan terbabit bagi membantu menyediakan segala keperluan mangsa banjir yang terlibat,” katanya.

Sementara itu, Calon Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin pula dikatakan tiba di Kampung Melayu Subang pada pukul 6 petang dengan memakai but getah berwarna kuning.

Sama seperti Ramanan, Khairy turut meranduk air bagi mendengar rintihan dan luahan penduduk berkenaan banjir kilat yang didakwa sudah berlaku sejak beberapa tahun lalu.

Khairy melalui satu rakaman video memaklumkan, kejadian berkenaan berlaku ekoran limpahan air sungai disebabkan ban tidak cukup tinggi.

Katanya, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) tmemberi cadangan supaya ban berkenaan ditinggikan bagi mengelakkan air melimpah keluar.

“Saya harap penduduk di sini bersabar dan kita akan hantar pasukan untuk membantu mencuci rumah-rumah yang terjejas dengan banjir hari ini,” katanya.

Parlimen Sungai Buloh bakal menyaksikan pertandingan tujuh penjuru melibatkan Khairy, Ramanan (PH), Mohd. Ghazali Md. Hamin (Perikatan Nasional), Mohd. Akmal Mohd. Yusof (GTA), Ahmad Jufliz Faiza (PRM) dan Nurhaslinda Basri serta Syed Abdul Razak Syed Long Alsagof masing-masing calon Bebas. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya