Ramai mula tuntut pengeluaran KWSP jika Muhyiddin PM ke-10

Ramai mula tuntut pengeluaran KWSP jika Muhyiddin PM-10

Kemudahan i-Sayang bertujuan meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Orang ramai mula menuntut pengeluaran khas caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sekiranya Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri Ke-10. 

Menerusi akauan Facebook Tuntutan Pengeluaran Khas KWSP 2.0, rata-rata warganet meluahkan hasrat itu dapat diluluskan selari dengan kenyataan Muhyiddin dalam tempoh berkempen sebelum ini. 

Seorang netizen yang menggunakan nama Mohd Mohd berkata, pengeluaran itu disifatkan perlu kerana rakyat negara ini terkesan dengan kenaikan terutama kos sara hidup. 

Noreena Binti Ibrahim juga berharap, PN dapat mengotakan janji mereka dalam meluluskan pengeluaran berkenaan.

“Sama-sama berdoa semoga PN kotakan janjinya. #KWSP2.0 bersasar,” tulisnya. 

“Tuntutan (pengeluaran KWSP) jangan lupa luluskan ya Abah TSMY (Muhyiddin),” kata Richard Salampon. 

Bagaimanapun, Fateen Hartanah pula berpandangan, orang ramai diharapkan untuk terus mendoakan tindakan yang terbaik diambil bagi membantu rakyat negara ini. 

“Doa yang baik-baik saja…Insya-Allah doa kita diangkat Allah dan bagi yang terbaik juga (untuk) negara,” ujarnya. 

6 November lalu, media melaporkan, PN bersedia melaksanakan penilaian semula pengeluaran KWSP secara bersasar sekiranya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). 

Muhyiddin menyuarakan kesediaan itu biarpun perkara itu tidak termaktub dalam manifesto gabungan itu. 

“Sebelum ini, kita sudah membenarkan beberapa kali pengeluaran KWSP termasuk i-Sinar dan i-Lestari. Untuk pelaksanaan ini (pengeluaran KWSP) secara bersasar, kita perlu melihat jumlah simpanan (pencarum) terlebih dahulu. 

“Ini kerana, pengeluaran tidak boleh dibuat jika sudah tiada simpanan (dalam KWSP),” katanya dalam sesi townhall Majlis Pelancaran Tawaran PN di Shah Alam sebelum ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya