Rakyat mahu kerajaan stabil, makmur ekonomi tanpa rasuah

Rakyat mahu kerajaan stabil, makmur ekonomi tanpa rasuah

RAKYAT kini mengharapkan sebuah kerajaan yang stabil dan dapat menjamin kesejahteraan rakyat selain pentadbiran yang lebih telus tanpa rasuah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Sebuah kerajaan yang stabil bagi menjamin kesejahteraan rakyat selain pentadbiran yang lebih telus tanpa rasuah menjadi harapan rakyat.

Seorang peniaga, Zamzuri Idris, 39, berkata, penggal lalu menyaksikan pertukaran tiga Perdana Menteri dan ia secara tidak langsung menunjukkan ketidakstabilan politik.

Katanya, ketidakstabilan po­litik antara faktor mendorong kepada keadaan ekonomi yang tidak menentu sekali gus menjadikan sukar mengawal kenaikan harga barangan termasuk keperluan asas.

“Apa yang saya inginkan selepas Pilihan Raya Ke-15 (PRU15) kali ini adalah sebuah kerajaan stabil serta boleh menjamin ekonomi yang lebih baik bagi menangani masalah kenaikan harga barang.

“Isu kenaikan harga barang bukan sahaja memberi kesan kepada pengguna, malah, go­longan peniaga seperti saya juga sangat terkesan dengan harga melonjak serta tidak menentu,” katanya.

Dalam pada itu, seorang jurujual peralatan komunikasi, Norazura Hanina Hamzah, 20, berkata, dia mahukan sebuah kerajaan yang mampu menyediakan peluang pekerjaan yang lebih baik kepada golongan muda.

Katanya, ia adalah satu tuntutan bagi memastikan masa depan anak muda di negara ini terus terjamin serta mengurangkan kadar pengangguran di negara ini.

“Kerajaan baharu perlu menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan yang menawarkan gaji atau upah sesuai dengan kelulusan seseorang individu tersebut.

“Kita masih boleh melihat peluang pekerjaan itu wujud, namun, bayaran yang diterima tidak setimpal dengan kelulusan pengajian mereka,” kata­nya.

Dalam pada itu, seorang penjawat awam yang hanya mahu dikenali sebagai Mastura, 30-an, berkata, kerajaan baharu yang akan dibentuk tidak lama lagi perlu lebih telus dalam urusan pentadbiran.

Katanya, selain itu, usaha untuk membanteras ketirisan atau rasuah perlu diperhebat bagi mengelakkan negara menanggung kerugian

Tambahnya lagi, diharapkan tiada lagi ahli politik atau wakil rakyat dilantik campur tangan dalam urusan pentadbiran semata-mata hanya untuk kepentingan peribadi individu berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya