Rakyat Kedah yakin dengan PN - Sanusi

Rakyat Kedah yakin dengan PN – Sanusi

PN yakin sokongan ke atas mereka meningkat di Selangor. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Jumlah undi tinggi yang membawa kemenangan besar Perikatan Nasional (PN) Kedah adalah pengesahan rakyat negeri itu memiliki keyakinan sangat tinggi kepada kerajaan negeri yang sedang melaksanakan pelbagai program untuk kesejahteraan mereka.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, kejayaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) itu turut membuktikan bahawa kerajaan negeri sedang berada di landasan yang betul, selari dengan kehendak rakyat Kedah.

“Rakyat juga mahukan kerajaan Pusat yang seiring dan sehaluan dengan kerajaan negeri dan diterjemah melalui keputusan yang dibuat di peti-peti undi. Majoriti rakyat Kedah telah membuat pilihan untuk sebuah kerajaan yang prihatin, bersih dan stabil. Semoga kerajaan yang bakal dibentuk di peringkat Pusat, dapat merealisasikan hasrat ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kecuali tewas tipis di Sungai Petani dengan majoriti 1,115 undi, PN menyapu bersih kesemua 13 kerusi yang dipertanding termasuk menewaskan nama-nama besar seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Datuk Mahfuz Omar serta Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Satu lagi kawasan Parlimen iaitu Padang Serai ditangguhkan pengundiannya berikutan kematian calon Pakatan Harapan (PH) yang juga penyandang kerusi tersebut, M. Karupaiya pada 16 November lalu.

Mengulas lanjut ,Muhammad Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat berkata, semua penyokong dan pendokong PN perlu memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran atas anugerah kemenangan itu.

Selain itu, katanya, ucapan penghargaan dan terima kasih eharusnya diberikan kepada semua petugas pilihan raya gabungan tersebut yang bekerja keras bagi memperoleh kemenangan.

“Terima kasih kepada para rakyat yang telah mengundi PN dan tidak dilupakan juga anak-anak Kedah di perantauan yang berkorban untuk pulang mengundi kami. Saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat bertugas kepada ahli-ahli Parlimen yang terpilih. Dalam masa sama saya juga berharap seluruh rakyat Kedah terus bersatu padu menjalani kehidupan yang harmoni,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya