Radzi kini akauntan bertauliah

Radzi kini akauntan bertauliah

RADZI Jidin bermesra dengan peniaga ketika mengadakan kempen 'walkabout' di Pasar Tani Presint 2 Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Dalam kesibukan berkempen, calon Perikatan Nasional (PN) P125 Putrajaya, Datuk Dr. Radzi Jidin hari ini menerima khabar gembira yang dinantikan sejak sekian lama.

Apa tidaknya, beliau kini akhirnya bergelar sebagai akauntan bertauliah dan ahli Felo Akauntan Bertauliah Australia (FCPA).

“Ketika mengajar di The Australian National University, Canberra, saya mendaftarkan diri dalam program CPA Australia untuk membolehkan saya menjadi seorang akauntan bertauliah. 

“Walaupun sibuk dengan tugasan sebagai pensyarah, pelajar PhD dan pemimpin pelajar ketika itu, saya gagahkan diri untuk mengikuti program CPA Australia.

“Akhirnya, dengan izin Allah, sebelum saya mencapai umur 35 tahun (10 tahun yang lalu), sasaran untuk mendapat PhD dan menjadi akauntan bertauliah tercapai,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Katanya, untuk diiktiraf sebagai akauntan bertauliah, beliau perlu menduduki enam peperiksaan dan mengakui bukan sesuatu yang mudah terutama dalam mencari keseimbangan antara tugasan dan tanggungjawab.

“Syukur, isteri dan anak-anak juga memahami dan sentiasa memberi sokongan. Justeru, saya mengingatkan anak muda supaya tetapkan sasaran, fokus, ikhtiar yang terbaik sehingga sasaran tercapai,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya