Pulau Pinang capai nilai pelaburan pembuatan tertinggi RM107.2b - Utusan Malaysia

Pulau Pinang capai nilai pelaburan pembuatan tertinggi RM107.2b

CHOW Kon Yeow pada sidang DUN Pulau Pinang di George Town, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Pulau Pinang berjaya mencapai nilai pelaburan pembuatan tertinggi iaitu sebanyak RM107.2 bilion dari 2019 hingga 2021 yang berjaya mewujudkan lebih 51,000 peluang pekerjaan.

Menurut Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, kerajaan negeri amat menitikberatkan usaha pembangunan bakat yang kekal sebagai tumpuan utama.

Tambah beliau, kejayaan mempercepatkan Visi Penang2030 juga mampu diukur dengan inisiatif di bawah libat urus industri yang mana penglibatan kerajaan negeri, masyarakat awam dan pihak swasta akan membentuk ekosistem lebih maju, mampan dan mampu memperluaskan asas pelaburan negeri itu.

“Pada masa sama, kita perlu mengumpulkan lebih banyak sumber untuk membangunkan keupayaan dalam bidang teknologi baru melalui Penang Science Cluster, Penang Tech Dome.

“Bidang seperti kecerdasan buatan (Al), robotik, analitik dan sains kehidupan serta pendigitalan ekonomi dengan memulakan Daerah Digital Kreatif (Creative Digital District) perlu diteroka sebagai pemangkin untuk ekonomi digital negeri ini,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang hari ini.

Kon Yeow (DAP- Padang Kota) menjawab soalan Goh Choon Aik (PKR-Bukit Tambun) mengenai perincian projek dan program ke arah pencapaian Visi Penang2030.

Dalam pada itu kata Kon Yeow, sejak pelancaran Visi Penang2030 pada Ogos 2018, aspek pembangunan komuniti amat ditekankan oleh kerajaan negeri kerana kepentingannya dalam melestarikan visi itu.

“Selain itu, kerjasama rakyat amat diperlukan untuk memperkasa komuniti di negeri ini.

“Pelbagai program dan aktiviti bersama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) diadakan untuk tujuan ini dan dalam masa sama kerajaan negeri menubuhkan Pusat Penang2030 di setiap KADUN,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya